KERJAYA

 Selepas tamat je belajar kat UiTM Shah Alam, aku mula bekerja dengan syarikat sepupu aku iaitu sebuah syarikat minyak dan gas yang berdaftar atas nama Cosmic Array Sdn Bhd. Aku mula bekerja pada 3 Mac 2003 hinggalah pada Jun 2006, Selama 3 tahun aku kat situ banyak pengalaman yang aku dapat.. Bos aku is very2 friendly. Senang nak buat keje..

 Aku diambil bekerja di Syarikat Bullington Offshore pada 2006 dan sempat bertahan selama 2 tahun je..Pengalaman berada di Indonesia banyak mengajar aku erti kesusahan. Aku melihat keadaan di sana sangatlah daif berbanding dengan negara kita. Aku bersyukur di lahirkan di Malaysia. Aku nasihatkan pada belia2 negara supaya kerjalah dengan bersungguh-sungguh dan jgn sesekali memilih kerja.

Pada tahun 2009, aku mendapat peluang yang aku tunggu iaitu untuk menjadi seorang guru.. Selama setahun aku belajar di IPGM Dato' Razali dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Banyak perkara baru yang aku pelajari untuk menjadi seorang guru. Memang seronok menjadi seorang guru, tambahan pula mengajar di sekolah rendah. Pelbagai ragam anak2 yang sebelum ini tidak pernah aku jumpa telah aku fahami. Aku belajar daripada guru yang lebih berpengalaman untuk aku menjadi seorang guru yang berdedikasi.

2003-2006: COSMIC ARRAY SDN. BHD
2006-2008: BULLINGTON OFFSHORE SDN. BHD
2009-2010: IPGM KDRI
2010-PRESENT: SEK. KEB. SULTAN ISMAIL, KEMAMAN

 Masa ni nak buat inspection untuk kapal tanker...


Kapal ni nak loading diesel dari Bintulu dan dihantar ke FPSO...