PRAKTIKUM

Permulaan aku sebagai guru apabila aku membuat praktikal di Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh. Nama guru besar dia ialah Cikgu Mohd Kaman. Beliau seorang guru besar yang very2 friendly dengan guru sekolah.. Masa aku praktikal, banyak yang beliau bantu dari segi teknik mengajar, peralatan abm dan banyak lah lagi..Partner aku semasa Praktikal ialah Cikgu Nazrul Hisyamuddin. beliau sekarang mengajar di sebuah sekolah di Paka, Dungun.
Tidak lupa juga kepada guru pembimbing aku semasa praktikal iaitu Cikgu Ruslan. Beliau seorang yang kelakar tetapi tegas. Banyak memberi tunjuk ajar dan semangat untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Segala pengalaman yang aku dapat semasa mengajar di sana tidak akan kau lupakan. Sokongan daripada semua guru SKKB amatlah aku hargai..

Gambar ni semasa tamat program BIG( Bina Insan Guru ) di Tasik Puteri Bukit Besi. Sebelah aku ialah member rapat yang banyak menolong aku dalam menjalankan tugas.

 Gambar ni semasa kami mengikuti program bersama pelajar pemulihan akhlak di pondok Inabah Sungai Tong, Kuala Terengganu. Sebelah aku tu minah kecoh dalam unit aku..

 Tengah khusyuk mendengar penerangan daripada seorang pelajar dari Pondok Inabah. Pelbagai pengalaman yang beliau ceritakan membuatkan kami berasa insaf. heheheheh....
 Aktiviti semasa mengikuti Program di Pondok Inabah. Bangga aku diapit oleh dua bunga...

 Gambar ni diambil semasa membuat persembahan dikir barat ketika mengikuti perkhemahan KRS (Kadet Remaja Sekolah) di Sekayu.

 Bersantai bersama kawan-kawan semasa belajar KPLI. Masa ni kami semua pakat gi main Boling. Masa tu stadium Sultan Mizan beum runtuh lagi...